Tindakan intimidasi terhadap wartawan tidak profesional

Tindakan intimidasi terhadap wartawan tidak profesional

Wartawan
AHMAD Fahmi Mohamed Fadzil ditemui pemberita dalam sidang akhbar pada Majlis Peluncuran Kenderaan Autonomi Pos Malaysia, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengamal media terutama wartawan berhak menyatakan sebarang soalan kepada menteri atau mana-mana pihak dalam sidang akhbar sementara pihak yang ditanya pula perlu bersikap terbuka.

Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, perkara itu penting apabila kementeriannya berhasrat memastikan media dapat beroperasi dengan bebas.

“Wartawan mempunyai hak untuk tanya apa-apa soalan, tak menjadi masalah dan yang menerima soalan tidak boleh berlaku kasar dan tidak boleh mengapa-apakan wartawan.

“Perkara itu bagi saya adalah satu keutamaan jadi untuk mana-mana Timbalan Menteri, pimpinan malah juga pihak perurusan tertinggi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan ataupun syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan perlu ada satu sikap yang lebih terbuka,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Semalam, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dilapor mengecam tindakan seorang pengerusi sebuah GLC yang melakukan intimidasi terhadap seorang wartawan yang juga ahlinya selepas satu sidang akhbar bersama seorang menteri.

Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Madani akan memanggil ketua pengarang sebuah akhbar berbahasa Cina berhubung penerbitan artikel yang melaporkan titah Yang di-Pertuan Agong berkenaan penggunaan bahasa Melayu.

“Jadi saya meminta supaya pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) meneliti dan sekiranya berdasarkan maklumat awal menunjukkan memang ada berlaku kesilapan di pihak syarikat media, saya akan meminta MCMC siasat.

“(Bagaimanapun) Itu kita perlu bezakan apa yang diterbit dalam surat khabar dan media sosial (dalam talian). Dalam media sosial, ia tertakluk di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

“Tetapi, bagi penerbitan dalam bentuk fizikal, akhbar, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, kita serah kepada polis. Sekiranya polis merasakan ada keperluan, maka tindakan akan diambil,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN