Parlimen keluarkan garis panduan baharu temuramah wakil rakyat

Parlimen keluarkan garis panduan baharu temuramah wakil rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Para pengamal media tidak dibenarkan membuat temuramah dengan mana-mana Ahli Parlimen menerusi garis panduan baharu yang dikeluarkan oleh Parlimen Malaysia hari ini.

Perkara itu merupakan antara garis panduan baharu bagi mengawal selia sidang media di Parlimen khususnya di Pusat Media.

Selain itu, mana-mana Ahli Parlimen yang ingin menggunakan ruang untuk membuat sidang akhbar perlu mendapatkan permohonan dua jam awal dengan menyatakan tajuk topik mahu dibawa.

Malah, pentadbiran Parlimen akan membuat keputusan mengenai kelulusan tersebut.

Perkara itu namun mendapat bantahan daripada sebahagian ahli Parlimen antaranya Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor).

“Saya bangun dalam Dewan Rakyat menyatakan bahawa garis panduan ini bukan perkembangan sihat untuk demokrasi Malaysia.

“Jika ini proses baru yang diwajibkan, maksudnya Parlimen mengekang Ahli-Ahli Parlimen daripada bersuara mewakili rakyat.  Kenapa pula suara wakil-wakil rakyat mahu disaring oleh Parlimen?

“Bukankah ini satu bentuk sekatan kebebasan bersuara untuk mencacatkan demokrasi negara kita?” soalnya.

 Bagaimanapun Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, bilik media Parlimen sepatutnya digunakan untuk bercakap tentang hal berkaitan rakyat, bukan berpolitik.

Beliau turut menafikan langkah itu bertujuan bagi menafikan hak Ahli Parlimen untuk bersuara.

“Contohnya ada Ahli Parlimen yang nak bercakap tentang a,b,c tentang keburukan X,Y,Z di tempat itu tidak bolehlah, itu tidak adil 

“Sebab itu kita letakkan syarat supaya memberikan makluman kepada kita nak gunakan itu untuk apa. Kalau nak gunakan untuk urusan-urusan menyuarakan setuju dan tidak setuju dengan kerajaan itu hak masing-masing,” katanya.

Katanya, jika mana-mana Ahli Parlimen ingin bercakap perkara berkaitan politik, ia perlu dilakukan di luar Parlimen kerana beliau tiada hak untuk menghalangnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN