Penduduk Kampung Sungai Baru tuntut laporan penuh

Penduduk Kampung Sungai Baru tuntut laporan penuh

TINJAUAN semula selepas setahun kejadian letupan gas di Putra Height.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru menumpukan usaha untuk mendapatkan laporan penuh insiden daripada agensi terlibat selepas setahun tragedi letupan gas Putra Heights.

Setiausaha Persatuan Kebajikan Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru, Badly Nordin berkata, firma guaman dilantik bagi membantu meneliti serta mendapatkan dokumen berkaitan kejadian tersebut.

Menurutnya, langkah itu penting bagi memastikan penduduk memperoleh penjelasan menyeluruh terhadap insiden yang berlaku serta dapatan siasatan daripada pihak berkenaan.

“Pihak kami sedang berusaha mendapatkan laporan penuh daripada agensi terlibat melalui pasukan peguam yang dilantik supaya keseluruhan kejadian dapat difahami dengan lebih jelas.

“Penduduk juga mahu kepastian terhadap aspek keselamatan dan tanggungjawab pihak terlibat dapat diperincikan dalam laporan berkenaan,” katanya semalam.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Aziah Puteh Azib berkata, dia masih trauma dan belum bersedia untuk kembali menetap di kawasan berkenaan walaupun rumahnya telah dibaiki.

“Perasaan takut masih ada dan saya sedang mendapatkan rawatan, jadi buat masa ini saya memilih untuk tidak tinggal di sana demi kesihatan mental,” katanya.

Dalam pada itu, seorang mangsa dan pemilik rumah sewa yang musnah, Johar Misri berkata, dia mengalami kerugian besar apabila enam unit rumah sewanya musnah dalam kejadian tersebut.

Menurutnya, kehilangan rumah sewa itu turut menjejaskan sumber pendapatan kerana tiada pampasan diberikan bagi unit yang musnah sepenuhnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN