SEREMBAN: Mempunyai masalah pendengaran tidak menghalang seorang pelajar orang kurang upaya (OKU) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Klana Putra, Lenggeng di sini mengejar cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Kejayaan itu dibuktikan apabila pelajar tersebut, Balqis Qariirah Mohamad Ashrulnizam, 18, berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan meraih 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Balqis Qariirah berkata, dia memasang impian untuk menjadi doktor bagi membantu golongan yang senasib dengannya. Menurutnya,…










