Pegawai tentera memandu mabuk sebabkan kematian warga Bangladesh didakwa esok

Pegawai tentera memandu mabuk sebabkan kematian warga Bangladesh didakwa esok

PEGUAM Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar ditemui media selepas Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), semalam. -UTUSAN/Saddam Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pegawai tentera yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk sehingga mengakibatkan kematian seorang lelaki warga Bangladesh akan didakwa di mahkamah esok.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berkata, polis sudah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes berkenaan kepada pejabatnya untuk semakan.

Katanya, susulan itu, pegawai terbabit akan didakwa di mahkamah esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau juga tidak menolak lelaki itu akan berdepan beberapa pertuduhan lain kerana kejadian turut membabitkan mangsa lain yang cedera.

“Mungkin ada beberapa pertuduhan mengikut seksyen berbeza,”katanya di sini hari ini.

Terdahulu, melaporkan tempoh reman ke atas pegawai tentera yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan maut di Lebuhraya MEX, di ibu negara disambung sehingga esok.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN