ALOR SETAR: Kerajaan digesa bertindak lebih pantas dan tegas dalam menangani kesan krisis global susulan pergolakan di Asia Barat yang memberi tekanan kepada ekonomi serta kos sara hidup rakyat. Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengakuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa negara berdepan krisis membuktikan Malaysia sedang menghadapi cabaran besar yang memberi kesan meluas kepada pelbagai sektor. Menurut beliau, krisis yang tercetus bukan sahaja…










