MCMC siasat 17 individu sebar maklumat palsu bahan api, tarif elektrik

MCMC siasat 17 individu sebar maklumat palsu bahan api, tarif elektrik

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan terhadap 17 individu yang disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan kenaikan harga bahan api dan tarif baharu elektrik di media sosial.

MCMC berkata, setakat ini sebanyak lapan rakaman percakapan terhadap suspek telah selesai dijalankan, termasuk lima kes melibatkan penyebaran maklumat palsu berhubung kenaikan harga bahan api.

“Daripada lima kes tersebut, tiga suspek telah dirakam percakapan sebelum ini manakala dua lagi selesai dirakam semalam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

MCMC berkata, terdapat tiga lagi kes berkaitan penyebaran maklumat palsu mengenai tarif elektrik, manakala baki sembilan suspek masih dalam proses pemantauan lanjut dan akan dipanggil dalam masa terdekat.

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Sehubungan itu, MCMC berkata, pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial bagi tujuan mengelirukan orang ramai melalui penyebaran maklumat palsu.

“Penyebaran maklumat palsu boleh mencetuskan panik dan kegelisahan dalam kalangan pengguna. 

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN