Manipulasi emosi, sampai mampuslah hidup jadi orang yang bersalah sebab dia saja betul - Kaka Azraff - Utusan Malaysia

Manipulasi emosi, sampai mampuslah hidup jadi orang yang bersalah sebab dia saja betul – Kaka Azraff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Kaka Azraff meluahkan rasa berang terhadap seorang individu yang gemar memanipulasi emosi apabila berdepan dalam sebarang situasi.

Menurut Kaka, individu yang bersifat sedemikian cenderung memutar belitkan situasi dan meletakkan segala kesalahan ke atas orang lain dalam sebarang konflik berbangkit.

“Manipulasi emosi. Dia boleh pusing jadi salah kau. Tiba-tiba pasal kau marah, bukan pasal dia tipu kau,” katanya di Threads.

Bagai rimas dengan kelakuan individu tersebut, penyanyi lagu Bukan Hal Aku itu mengakui tidak mudah untuk berdepan dengan seseorang yang berperangai toksik seperti itu.

“Sampai mampuslah hidup jadi orang yang bersalah sebab dia saja betul, orang lain semua nak kenakan dia. Tak senang, dia asyik nak menang,” ujarnya.

Bagaimanapun, Kaka tidak mendedahkan identiti yang dimaksudkan dalam perkongsian tersebut sekali gus menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen.

Malah, rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian penyanyi tersebut selain menyifatkan individu berkenaan mempunyai sifat narsisistik.

“Betul orang yang nak menang ini dia akan terus menang tapi di mata Allah org yang salah. Itulah pemenang sebenar,” komen seorang netizen.

“Paling benci jumpa orang yang narsisistik. Pandai ‘reverse psychology’ sampai buat kita rasa sedih dan serba salah . dia saja yang betul. Jauhkanlah dari orang seperti ini,” komen seorang lagi netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN