JOHOR BAHRU: Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) sedia meletakkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang. Timbalan Pengerusi MMSP Negeri Johor, James Selvanathan berkata, parti tersebut akan memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) sekiranya diberikan tanggungjawab tersebut. Menurut beliau, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira keperluan representasi yang lebih inklusif khususnya buat komuniti India di kawasan berkenaan. “Jentera…










