LHDN rekod 1.275 bilion transaksi e-Invois - Utusan Malaysia

LHDN rekod 1.275 bilion transaksi e-Invois

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong pada Majlis Pelancaran Karnival PMKS dan e-Invois di Kuala Lumpur Convention Centre.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 1.275 bilion transaksi e-Invois telah direkodkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sehingga kini.

Pencapaian luar biasa itu dicatatkan susulan pelaksanaan mandatori sistem tersebut yang bermula pada 1 Ogos 2024.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, jumlah penerimaan tersebut sebanyak 224,024 perniagaan termasuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

“Pelaksanaan fasa keempat kini sedang berjalan dan melibatkan kumpulan PMKS.

“Kerajaan menjangkakan seramai 130,000 pembayar cukai daripada kategori PMKS akan mengambil bahagian di dalam fasa keempat,” ,” katanya pada Majlis Pelancaran Karnival PMKS dan e-Invois di sini hari ini.

Chin Tong berkata, pelaksanaan e-Invois adalah satu inisiatif penting untuk mendigitalkan perniagaan Malaysia demi ekonomi saksama dan operasi yang lebih cekap termasuk bagi PMKS.

“Penggunaan sistem ini memberikan kelebihan besar kepada syarikat-syarikat PMKS kerana terdapat sistem perekodan dan perakaunan yang lengkap serta tepat.

“Rekod kewangan yang baik meyakinkan bank untuk meluluskan pinjaman demi kelangsungan perniagaan,” katanya.

Menurutnya, LHDN telah menyediakan MyInvois Portal dan MyInvois e-POS secara percuma untuk perniagaan yang mempunyai jualan tahunan RM5 juta ke bawah.

“Syarikat-syarikat kecil tidak perlu membeli sistem e-POS yang lain untuk merekodkan operasi perniagaan mereka.

“LHDN perlu terus melabur dalam infrastruktur ICT bagi memastikan teknologi mereka sentiasa berada pada tahap terkini.

“LHDN adalah rakan penjaga yang berganding bahu dalam menjayakan pendigitalan ekonomi dengan selamat dan telus,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN