PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki selepas mencuri permainan adiwira di sebuah kedai jualan barangan mainan kanak-kanak terkenal di sebuah pusat beli belah di Bangsar, dekat sini semalam. Tangkapan dilakukan selepas lelaki berusia 28 tahun yang juga pengurus jualan di premis terbabit membuat laporan polis selepas barangan mainan itu hilang menyebabkan kerugian RM1,529.10. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Polis Hoo Chang Hook berkata, kehilangan itu disedari pukul 6 petang…









