KUALA LUMPUR: Kapal Tempur Pesisir (LCS 1) iaitu KD Maharaja Lela, dijangka akan diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjelang Disember tahun ini. Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Badarudin Taha berkata, pembinaan lima kapal LCS oleh Lumut Naval Shipyard (Lunas) kini mencapai kemajuan 76.88 peratus dan berjalan mengikut jadual ditetapkan bagi memastikan kesiapsiagaan armada sentiasa berada pada tahap optimum. Katanya, kapal kedua dan ketiga, iaitu Raja Muda…










