Krisis politik di Negeri Sembilan: Pelbagai kemungkinan termasuk pembentukan kerajaan negeri baharu

Krisis politik di Negeri Sembilan: Pelbagai kemungkinan termasuk pembentukan kerajaan negeri baharu

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Krisis politik di Negeri Sembilan membuka pelbagai kemungkinan termasuk pembentukan kerajaan negeri baharu sama ada melalui gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada BN.

Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, situasi semasa menyaksikan Menteri Besar dan Speaker Dewan Undangan Negeri daripada PH dijangka tidak akan membenarkan usul undi tidak percaya dibawa ke sidang dewan.

Menurut beliau, kedua-dua pihak berkemungkinan memilih untuk meneruskan pentadbiran kerajaan minoriti atau memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri.

“Malah, pembentukan kerajaan gabungan BN dan PN juga dilihat berdepan kesukaran untuk mendapat perkenan di Istana Seri Menanti, mengambil kira pendirian Menteri Besar dalam isu krisis perlembagaan ini.

“Satu lagi kemungkinan ialah PH menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada BN. Namun, saya berpendapat kita sudah jauh melepasi tahap itu,” katanya menerusi hantaran di Instagram Stories hari ini.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, sekiranya PH berbuat demikian, mereka akan dilihat sebagai terlalu terdesak, seolah-olah kalah dan dipaksa keluar daripada jawatan Menteri Besar.

“Pada tahap ini, UMNO berada dalam situasi check seperti dalam permainan catur,” katanya.

Terdahulu, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Negeri Sembilan mengumumkan hilang kepercayaan serta menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN