PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang meneliti langkah bersesuaian bagi membantu warga kampus khususnya mahasiswa menghadapi kemungkinan peningkatan kos sara hidup susulan krisis tenaga global yang semakin meruncing. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, krisis berkenaan memberi kesan mendalam bukan sahaja kepada ekonomi global, malah turut menjejaskan pengurusan kewangan dalam kalangan staf, ahli akademik dan pelajar institusi pendidikan tinggi. “Beberapa idea dan cadangan telah dikemukakan.…










