TASEK GELUGOR: Konflik Asia Barat menjejaskan industri halal dan rantaian bekalan makanan di peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, selain menjejaskan sektor tenaga, krisis turut mencetuskan kesan domino kepada industri halal di semua peringkat termasuk peningkatan kos logistik, kelewatan penghantaran dan ketidaktentuan akses pasaran. “Dalam hal ini, produk halal, khususnya makanan segar dan barangan bersuhu terkawal sangat bergantung kepada kecekapan rantaian bekalan…










