Kolej Yayasan Saad Melaka cemerlang pelbagai bidang

Kolej Yayasan Saad Melaka cemerlang pelbagai bidang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai institusi pendidikan berasrama penuh swasta terkemuka dalam melahirkan pelajar cemerlang secara menyeluruh.

Pendekatan pendidikan holistik yang diterapkan merangkumi kecemerlangan akademik, sahsiah, kepimpinan serta pembangunan bakat dalam pelbagai bidang.

Kolej berkenaan turut menawarkan gabungan Kurikulum Kebangsaan Malaysia dan Kurikulum Cambridge (IGCSE) bagi memenuhi keperluan pendidikan masa hadapan.

Pendekatan itu turut diperkaya dengan pelbagai program nilai tambah seperti pengaturcaraan, kecerdasan buatan (AI), Bahasa Mandarin, muzik dan seni persembahan.

 

Sejak penubuhannya pada 1995, KYSM telah melahirkan ramai alumni cemerlang yang berjaya di peringkat nasional dan antarabangsa.

 

Menurut kenyataan kolej berkenaan, kecemerlangan pelajar turut terserlah melalui pencapaian dalam bidang kokurikulum termasuk sukan, perbahasan, inovasi dan kejuruteraan.

Selain itu, institusi tersebut menyediakan program bimbingan komprehensif bagi membantu pelajar merancang hala tuju akademik dan kerjaya masa hadapan.

Dari aspek prasarana, KYSM dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk kolam renang, trek berbasikal, padang ragbi serta gelanggang sukan lain bagi menyokong pembangunan fizikal pelajar.

Dalam pada itu, permohonan kemasukan bagi tahun akademik 2027 akan dibuka bermula 2 Jun ini melalui portal rasmi admission.kysm.edu.my.

Ibu bapa dan penjaga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KYSM.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN