Keselamatan anggota Malbatt 850-13 jadi keutamaan

Keselamatan anggota Malbatt 850-13 jadi keutamaan

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keselamatan pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-13 dalam keadaan terkawal walaupun Lubnan sedang bergolak dengan Israel.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan sentiasa mengingatkan supaya keselamatan mereka terus menjadi keutamaan.

“Walaupun ada gencatan tetapi kadang-kadang ada pelanggaran, itu yang menjadi isu dan masalah. Tapi, apa pun kita sentiasa tekankan kepada Malbatt 850-13 untuk pasti, utamakan keselamatan mereka.

“(Apabila) gencatan (senjata) itu betul-betul diikuti, tidak ada apa-apa (pelanggaran) jadi mereka (Malbatt 850-13) jalankan (tugas). Kalau ada pelanggaran mereka akan duduk dalam bunker,” katanya ditemui pemberita di Pameran Perkhidmatan Pertahanan ASIA (DSA) & Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) 2026 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau hadir bagi merasmikan pavilion Kementerian Pertahanan (MINDEF) di DSA & NATSEC 2026.

Sebelum ini, media melaporkan, Lubnan dan Israel memeterai perjanjian gencatan senjata selama 10 hari berkuat kuasa pada Jumaat lalu.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, ‘perbualan yang sangat baik’ sudah diadakan antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Lubnan, Joseph Aoun.

Mengulas serangan di Selatan Lubnan hingga menyebabkan tentera Perancis terkoban dan cedera, Mohamed Khaled berkata, Malbatt 850-13 berada dalam kedudukan yang terbaik dan tidak berada di betul-betul sempadan antara dua negara berperang itu.

“Yang terdapat di (situ) ialah pasukan Indonesia dan mungkin Perancis, kita (berada) di tengah, jadi atas sebab itulah kemalangan berlaku di situ.

“Tetapi saya tidak menafikan hakikat bahawa kalau guna misail dan roket, ia boleh melangkaui, sebab itulah kita kena mesti berhati-hati,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN