BENTONG: Kes serangan membabitkan tentera berpangkat koperal yang sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh selepas mangsa meninggal dunia hari ini. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, suspek sebelum ini dituduh di mahkamah atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa. Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.34 pagi ini, sekali gus membawa kepada perubahan klasifikasi kes kepada Seksyen 302…










