Kerajaan wajar tarik balik lesen Lynas jika terlibat perang AS-Palestin

Kerajaan wajar tarik balik lesen Lynas jika terlibat perang AS-Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menarik balik lesen Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) yang mengeluarkan bahan nadir bumi menerusi kilangnya yang terletak di Kuantan, Pahang sekiranya terdapat bukti kukuh yang menunjukkan Amerika Syarikat (AS) menggunakan bahan nadir bumi (REE) Lynas untuk kegunaan perang menentang Palestin.

Majlis Politik Negeri Gabungan Mahasiswa Islam Se- Malaysia (GAMIS) Kedah, Mohamad Aiman Lutfi bin Mohamad Taufik berkata, Malaysia diibaratkan sebagai tulang belakang kepada AS dengan memberikan tempat untuk memproses dan membekalkan REE kepada mereka.

“Jadi saya menegaskan bahawa Kerajaan Malaysia perlu menarik balik lesen operasi Lynas jika benar menyokong rakyat Palestin seperti yang telah digembar-gemburkan sebelum ini,” katanya hari ini.

Menurut beliau, semua pihak boleh melihat apa yang terjadi kepada negara Asia Barat sekarang.

Katanya, walaupun peperangan yang dilihat adalah antara Palestin dan Israel, akan tetapi tulang belakang kepada ketenteraan Israel adalah AS itu sendiri.

“Kerajaan Malaysia, sama sekali tidak patut menyokong kekejaman Israel terhadap Palestin,” katanya.

Baru-baru ini, gabungan 57 organisasi menggesa kerajaan Malaysia memastikan operasi oleh Lynas Rare Earths Ltd tidak melanggar undang-undang antarabangsa, susulan perjanjian syarikat itu untuk membekalkan oksida nadir bumi kepada Jabatan Perang Amerika Syarikat.

Dalam surat terbuka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, gabungan itu berkata perjanjian bernilai kira-kira AS$96 juta dalam tempoh empat tahun menghubungkan aktiviti pemprosesan di Malaysia dengan rantaian bekalan ketenteraan luar negara.

Lynas, penapis nadir bumi terbesar di luar China, telah menandatangani surat niat mengikat dengan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) bagi memuktamadkan perjanjian pembekalan mineral nadir bumi kepada sektor pertahanan negara itu selama empat tahun dengan pangkalan industri pertahanan AS akan terus mempunyai akses kepada oksida nadir bumi ringan dan berat yang penting untuk pembuatan moden.

Di bawah aturan ini, Jabatan Pertahanan akan memperuntukkan kira-kira AS$96 juta (RM377.62 juta) untuk membeli oksida nadir bumi daripada Lynas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN