KUALA LUMPUR: Situasi di Istana Hinggap Negeri Sembilan di Jalan Changkat Persekutuan di sini menarik perhatian dalam situasi kemelut politik di negeri itu apabila kenderaan rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dilihat meninggalkan perkarangan istana sekitar pukul 1.50 petang tadi.
Aminuddin dipercayai menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dipercayai berkaitan tindakan 14 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN) yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pagi tadi.
Aminuddin dilihat beredar meninggalkan istana dengan menaiki kenderaan rasmi jenis Toyota Camry sambil diiringi kenderaan pengiring tanpa berhenti untuk memberi sebarang kenyataan kepada media.
Difahamkan juga, satu sidang akhbar oleh Aminuddin akan diadaman pada pukul 3.30 petang ini di Seremban. – UTUSAN










