'Keldai akaun' didenda RM17,000 sebabkan kerugian lebih RM100,000

‘Keldai akaun’ didenda RM17,000 sebabkan kerugian lebih RM100,000

CHIA Yong (tengah) didenda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan berkaitan 'keldai akaun'.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki didenda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan berkaitan ‘keldai akaun’, tahun lalu.

Tertuduh, Yeap Quah Chia Yong, 30, mengaku bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didapati secara tidak langsung menggunakan akaun bank miliknya bagi suatu transaksi kemasukan wang berjumlah RM100,000 tanpa maksud yang sah di tepi jalan di hadapan Perpetual Memorial Park, Kulai pada 28 Januari 2025.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 424C (1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama dan boleh dikenakan hukuman dengan penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM150,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Syafiqah Sha’ari mencadangkan hukuman setimpal memandangkan kes melibatkan jumlah kerugian agar menjadi pengajaran kepada masyarakat.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah memberikan hukuman ringan susulan hanya berpendapatan RM3,000 sebulan.

“Saya diperdaya kenalan Facebook yang mengarahkan saya mendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan membuka akaun syarikat sebagai syarat untuk berniaga bersama manakala dia akan keluarkan modal perniagaan sepenuhnya.

“Selepas menyerahkan butiran maklumat lengkap termasuk daftar masuk syarikat dan kata laluan akaun bank itu, saya tak dapat hubungi dia lagi,” katanya.

Mahkamah kemudian memerintahkan denda RM17,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan hukuman penjara tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN