KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bercadang membina sebuah litar motocross dalam usaha menangani gejala mat rempit sebagaimana yang berlaku di kawasan Lapangan Terbang Sultan Ismai Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa, di sini. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri, Zamakhshari Muhamad berkata, pihaknya sudah mewartakan sebidang tanah milik kerajaan negeri di mukim Sokor, Tanah Merah. Katanya, inisiatif itu diambil bagi menyediakan tapak lebih selamat serta terkawal untuk golongan muda…










