JOHOR BAHRU: Seorang jurujual didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas dua pertuduhan menyimbah cat ke atas dua kenderaan dan dinding rumah, bulan lalu. Majistret Atifah Hazimah Wahab menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Chan Zhi Guang, 33, mengaku bersalah bagi kedua-dua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan. Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan khianat dengan cara menyimbah cat berwarna merah pada cermin serta bonet hadapan dua kenderaan…










