JPN Kelantan siasat insiden pelajar jatuh telaga

JPN Kelantan siasat insiden pelajar jatuh telaga

KEADAAN pelajar yang terjatuh ke dalam telaga sedalam 5.48 meter di Tumpat, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan sudah menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar seorang pelajar tingkatan lima terjatuh ke dalam telaga di sebuah sekolah mengengah agama di sini hari ini.

JPN Kelantan dalam satu kenyataan berkata, pelajar berusia 17 tahun itu berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di sini.

“Tumpuan JPN Kelantan pada ketika ini adalah untuk memastikan rawatan terbaik kepada murid dan sokongan diberi kepada keluarga,” katanya.

Mengulas lanjut, JPN Kelantan memberitahu, pihaknya mengingatkan semua institusi pendidikan di bawah agensi itu untuk meningkatkan pematuhan aspek keselamatan.

Katanya, hal ini bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, seorang pelajar tingkatan lima berdepan detik cemas selepas terjatuh ke dalam perigi sedalam 5.48 meter di sebuah sekolah di Tumpat.

Dalam kejadian pukul 9.10 pagi itu, mangsa dikatakan duduk diatas penutup perigi yang diperbuat daripada simen sebelum menduduki peperiksaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN