PETALING JAYA: Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sentiasa memperkukuh sistem pentadbirannya termasuk melakukan pelbagai usaha bagi menutup ruang untuk berlakunya gejala rasuah. Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Sufian Jusoh berkata, ia termasuk memperkukuh sistem governans, integriti, audit dalaman pematuhan dasar serta mekanisme pemantauan. Kata beliau, ia bagi memastikan sebarang salah laku dapat ditangani secara tegas dan berlandaskan peraturan. “Gambaran menyeluruh tanpa mengambil kira usaha pembaikan dan…










