Individu perlekeh tugas, polis buka tiga kertas siasatan

Individu perlekeh tugas, polis Kelantan buka tiga kertas siasatan

MOHD. YUSOFF MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis membuka tiga kertas siasatan berhubung kenyataan seorang lelaki yang didakwa memperlekeh tugas pasukan keselamatan itu semasa berucap selepas selesai menyertai konvoi motosikal di sini, semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, ia melibatkan Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

“Sekitar pukul 10 pagi, kita  menerima satu laporan yang dibuat oleh pegawai kanan polis berhubung satu rakaman video tular dalam media sosial memaparkan seorang individu lelaki mengeluarkan kenyataan berunsur memperlekeh dan memperbodohkan anggota semasa menjalankan penugasan sekatan jalan raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan awal mendapati, individu berkenaan turut mendakwa dia berjaya melepasi beberapa sekatan jalan raya dengan cara memperdaya anggota bertugas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Yusoff berkata, kenyataan tersebut tidak bertanggungjawab dan bersifat provokatif serta boleh menimbulkan persepsi negatif.

Katanya, ia sekali gus boleh menjejaskan imej, reputasi serta kredibiliti polis.

“Kami tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang cuba memperlekeh tugas pasukan keselamatan atau menyebarkan kandungan boleh mengganggu ketenteraman awam.

“Sebarang perbuatan yang boleh menjatukan kehormatan pasukan keselamatan atau menghakis keyakinan awam terhadap penguatkuasaan undang-undang diambil tindakan tegas,” ujarnya.

Terdahulu, tular ucapan seorang individu yang didakwa mengandungi kata-kata memperlekeh tugas polis.

Individu itu didakwa berucap selepas selesai menyertai konvoi motosikal di sini semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini