LANGKAWI: Catuan perkhidmatan feri Langkawi yang dilaksanakan sejak 25 Mac lalu perlu segera dihentikan kerana menjejaskan kehidupan harian penduduk serta industri pelancongan pulau peranginan itu. Desakan itu disuarakan warga Langkawi bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengadakan himpunan aman membantah tindakan dibuat syarikat feri yang menguruskan pengangkutan utama ke Langkawi. Pengerusi Kelab Anak Muda Madani Kedah, Datuk Zuraidi Rahim berkata, catuan feri telah menyebabkan kemerosotan kira-kira 50 peratus kepada…










