PETALING JAYA: Kenaikan harga minyak mentah global tidak semestinya membawa keuntungan besar kepada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) seperti tanggapan umum. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Tan Sri Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, hakikatnya ramai yang terlupa bahawa operasi Petronas bukan hanya tertumpu kepada sektor huluan semata-mata. “Petronas terlibat sepanjang rantaian nilai termasuk midstream dan downstream. Apabila harga minyak meningkat, kos input juga meningkat, termasuk kos pembelian minyak…










