MELAKA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa menerima sokongan kukuh berkenaan hala tuju politiknya ketika ini. Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, sokongan itu diterima daripada pelbagai kumpulan termasuk dalam kalangan bekas ahli Bersatu yang telah dipecat serta yang masih belum dikenakan tindakan. Katanya, perkembangan tersebut menunjukkan bahawa momentum politik yang dibinanya ketika ini semakin positif dan meyakinkan. “Kalau saya banyak sokongan, ia tidak merugikan…










