Rita Rudaini fail tuntutan balas saman Muafakat MRSM Sungai Besar

Rita Rudaini fail tuntutan balas saman Muafakat MRSM Sungai Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Rita Rudaini memfailkan tuntutan balas terhadap saman dikemukakan Yang Dipertua Badan Pemuafakatan Pendidikan Mara Malaysia (Muafakat), Maktab Rendah Sains MARA Sungai Besar, Prof. Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor dan Naib Yang Dipertuanya, Dr. Saidah Haris.

Rita dalam kenyataan berkata tindakan itu diambil berhubung kenyataan berunsur fitnah dan mengelirukan mengenai dirinya yang dibuat dua plaintif terbabit menerusi sidang media pada 7 Disember lepas.

“Saya tidak pernah ada masalah dengan Muafakat MRSM Sungai Besar sebagai sebuah organisasi. Malah ketika ia diterajui oleh kepimpinan terdahulu (2022 hingga 2024), saya antara yang sentiasa memberi sokongan.

“Apa yang saya persoalkan adalah mengenai kredibiliti kedua-dua plaintif secara individu. Mengapa keseluruhan Muafakat termasuk ahli jawatankuasa lain perlu tampil bersama dalam sidang media seolah-olah organisasi itu sendiri yang mengambil tindakan terhadap saya,” katanya.

Rita dalam kenyataan sama menolak tuduhan yang kononnya dia tidak pernah merujuk isu berbangkit kepada pihak plaintif sebelum membuat kenyataan di media sosial.

“Isu dibangkitkan bukan perkara baharu. Saya bersama ibu bapa lain sudah lama mengemukakan aduan sejak kedua-dua plaintif memegang jawatan dalam Muafakat MRSM Sungai Besar.

“Apa yang mengecewakan adalah kegagalan mereka untuk memberi maklum balas yang sewajarnya dalam menangani aduan-aduan berkenaan,” kongsinya.

Kedua plaintif sekitar Disember lepas memfailkan saman terhadap Rita atas dakwaan menyiarkan beberapa hantaran berunsur fitnah melalui Instagram dan status aplikasi WhatsApp defendan.

Plaintif mendakwa kenyataan itu sebagai tidak benar dan mendatangkan kerugian kepada mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN