Dua lelaki tunggang motosikal aksi berbahaya ditahan

Dua lelaki tunggang motosikal aksi berbahaya ditahan

ANTARA, empat buah motosikal yang disita mengikut Seksyen 64, Akta Pengangkutan Jalan 1987 menerusi Op Motosikal (OSJ).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua lelaki ditahan selepas menunggang secara berbahaya dengan melakukan aksi “wheelie” di sekitar kawasan sebuah sekolah menengah di Ampang Jaya dekat sini semalam.

Penahanan itu dilakukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerusi Op Motosikal (OSJ) di kawasan terbabit susulan aduan awam berkaitan kegiatan penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya.

JSPT dalam kenyataan berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Risikan dan Operasi JSPT, Bukit Aman telah menjalankan pemantauan serta pemerhatian rapi sebelum menahan dua penunggang motosikal yang didapati melakukan aksi berbahaya itu secara berulang kali.

“Kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Selain itu, empat buah motosikal disita mengikut Seksyen 64 akta yang sama manakala sebanyak 17 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua suspek dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Ampang untuk tindakan lanjut.

“JSPT menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan lalu lintas, khususnya melibatkan penunggangan secara berbahaya yang boleh mengancam keselamatan awam,”jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN