Datuk Red hadir TTMM2, sokong Anggerik dan Adira Suhaimi - Utusan Malaysia

Datuk Red hadir TTMM2, sokong Anggerik dan Adira Suhaimi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usahawan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red mencuri tumpuan apabila hadir ke Talk To My Manager Musim kedua yang berlangsung semalam.

Kata Datuk Red, kehadirannya adalah untuk memberi sokongan buat anaknya, Anggerik dan bekas isteri, Adira Suhaimi yang bertanding dalam rancangan tersebut.

“Malam ini saya datang untuk memberikan sokongan kepada Anggerik, impian saya nak tengok dia. Alhamdulillah, Anggerik cemerlang, tahniah.

“Saya nak peluk tak berpeluang sebab jauh, tengok anak-anak di atas pentas membuat hati saya tersentuh. Tahniah Adira kerana mengilap bakat Anggerik,” kongsinya.

Sementara itu Datuk Red memaklumkan tidak mempunyai niat lain selain meminta maaf kepada Adira atas kekhilafan semasa proses rujuk mereka.

“Saya datang ini ingin menyokong Adira selain meminta maaf kepada dia. Saya hendak jernihkan apa yang saya lakukan. Sebelum ini. Saya doakan dia bahagia,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Datuk Red tidak berjumpa anak secara berdepan namun memantau mereka secara panggilan video.

“Saya ada buat panggilan video dengan pembantu rumah, tapi dalam keadaan sekarang, berikan saya masa.

“Cuma saya sebak melihat mereka di atas pentas tadi,” kongsinya.

Terdahulu Adira terkilan atas tindakan Datuk Red yang meletakkan syarat bagi kes rujuk mereka.

Antara yang dituntut adalah RM100,000 bagi membatalkan kes di mahkamah selain mengugurkan kes saman sivil berkenaan hutang. Datuk Red bagaimanapun menepis dakwaan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN