Bersatu terima RM19.5 juta daripada transaksi mencurigakan

Bersatu terima RM19.5 juta daripada transaksi mencurigakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerima derma berjumlah RM19.5 juta daripada sebuah syarikat pembinaan, Mamfor Sdn. Bhd. (Mamfor) di antara tahun 2021 hingga penghujung 2022.

Menurut Penolong Pengurus Cawangan Bank Muamalat, Norazeanti Miswan, ‘derma kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia’ tersebut diberikan melalui 29 transaksi yang mana setiap transaksi itu telah ditandakan (flagged) sebagai aktiviti yang diragui.

“Setiap transaksi yang dilakukan; berjumlah 29 transaksi, ada laporan questionable activity report (aktiviti yang diragui) yang dikeluarkan dan dihantar ke Ibu Pejabat Bank Muamalat untuk tindakan selanjutnya.

“(Laporan dibuat) kerana terdapat keraguan dalam setiap transaksi yang dilakukan oleh Mamfor (yang mana) dalam kes ini terdapat jumlah pengeluaran yang besar dan kerap dibayar kepada Bersatu.

“(Ia dikatakan kerap) kerana bagi saya 29 transaksi itu sendiri banyak. Kekerapan itu berlaku sebab transaksi itu berlaku secara berterusan dari tahun 2021 sehingga 2022 kepada penerima yang sama,” katanya.

Tambahnya, akaun syarikat yang dibuka pada Jun 2016 telah ditutup pada 26 Februari 2025.

Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan hari keenam kes guna kedudukan untuk suapan dan pengubahan wang haram yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan Projek Jana Wibawa.

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN