GEORGE TOWN : Bekas pemain sepak takraw Pulau Pinang, Muhamad Fauzan Ikhwan Mohamed Hussain, 25, menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas terlantar hampir dua tahun akibat ditimpa kemalangan jalan raya. Anak bongsu daripada empat beradik itu disahkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP), tengah hari tadi. Abang kepada Allahyarham, Muhamad Fauzi, 31, ketika dihubungi berkata, adiknya itu terpaksa dibawa ke hospital selepas mengalami jangkitan kuman pada…










