KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melancarkan aplikasi Sistem Pengurusan Maklumat Bencana Malaysia (MyDIMS) sebagai platform bersepadu bagi mempertingkat kesiapsiagaan rakyat dalam menghadapi sebarang bencana. Ketua Pengarahnya, Meor Ismail Meor Akim berkata, MyDIMS merupakan aplikasi maklumat yang mengintegrasikan amaran serta data bencana daripada pelbagai agensi teknikal secara bersepadu. Menurutnya, aplikasi ini juga dilengkapi pautan dail segera ke talian kecemasan MERS 999 bagi mempercepatkan tindak balas bantuan dalam situasi kritikal.…










