PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan dukacita atas pemergian bekas Menteri Luar Iran, Dr. Kamal Kharazi, yang dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan susulan serangan Zionis. Anwar berkata, beliau mula mengenali tokoh diplomatik itu ketika Dr. Kharazi berkhidmat sebagai wakil Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, sebelum persahabatan mereka berterusan sepanjang tempoh beliau memegang jawatan sebagai Menteri Luar. Menurutnya, Dr. Kharazi merupakan seorang tokoh yang…










