PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-64 Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Beliau turut mendoakan agar Sultan Mizan dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah serta seluruh kerabat diraja sentiasa dikurniakan kesejahteraan dan berada dalam lindungan rahmat Allah. “Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Tuanku Sultan dan Sultanah serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat…










