PETALING JAYA: Proses pelesenan dan kawal selia di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) sedang disemak semula bagi menangani kebimbangan industri berhubung kelewatan perkhidmatan serta peningkatan kos di fasiliti swasta. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, ia bertujuan memperkemas prosedur memandangkan tempoh proses yang panjang boleh meningkatkan kos operasi yang akhirnya ditanggung pesakit. “Perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Bersama Menteri-menteri mengenai Kos…










