Ubat tidak berdaftar punca pesakit dialisis melonjak

Ubat tidak berdaftar punca pesakit dialisis melonjak

DR. Rohana (kanan) semasa merasmikan Hari Buah Pinggang Sedunia 2026 di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengambilan ubat tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dikenal pasti sebagai punca utama peningkatan kes kegagalan buah pinggang di Kelantan sehingga lebih ramai pesakit terpaksa menjalani rawatan dialisis.

Timbalan Pengarah (Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Dr. Rohana Daud berkata, ketika ini kira-kira 2,000 pesakit sedang menjalani dialisis dan jumlah itu dijangka terus meningkat.

Menurutnya, hasil kajian mendapati trend pembelian ubat dan produk kesihatan secara dalam talian tanpa kelulusan KKM menjadi faktor membimbangkan.

“Selain itu, pesakit juga mempunyai penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti yang menyumbang kepada kerosakan buah pinggang.

“Pengambilan ubat tidak berdaftar ini mempercepatkan komplikasi sehingga pesakit memerlukan rawatan dialisis,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2026 di Kubang Kerian, di sini hari ini.

Dr. Rohana memberitahu, memaklumkan kapasiti rawatan dialisis di hospital kerajaan masih terhad dengan sekitar 10 mesin bagi setiap hospital, menyebabkan tidak semua pesakit dapat ditampung pada satu-satu masa.

Katanya, rawatan percuma hanya diberikan kepada golongan B40, manakala pesakit lain perlu mendapatkan rawatan di pusat swasta dengan kos antara RM100 hingga RM250 bagi setiap sesi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN