JOHOR BAHRU: Agensi Kawalan Dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) mematahkan cubaan menyeludup masuk minuman keras pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM110,652 di BSI, di sini semalam. AKPS dalam satu kenyataan berkata, kegiatan penyeludupan itu dikesan susulan pemeriksaan terhadap sebuah van perdagangan dalam operasi pemantauan yang dijalankan di laluan pemandu bas arah ketibaan dari Singapura pada pukul 3.20 petang. Menurut kenyataan itu, pemeriksaan dibuat selepas pihak berkuasa…










