AKPS gagalkan seludup mata wang asing RM2.4 Juta

AKPS gagalkan seludup mata wang asing RM2.4 Juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cubaan seorang lelaki warga asing menyeludup masuk mata wang asing bernilai RM2.4 juta gagal selepas diberkas oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) KLIA menerusi satu operasi pemeriksaan di balai ketibaan Balai Ketibaan Terminal 1 semalam.

AKPS berkata, tangkapan yang dijalankan sekitar 10.30 pagi hingga 1 petang itu melibatkan seorang warga asing yang tiba menaiki penerbangan antarabangsa Batik Air pada Jumaat.

Katanya, pemeriksaan awal mengesan imej mencurigakan melalui mesin pengimbas bagasi sebelum penumpang asing berkenaan diarahkan ke Pejabat Operasi Kastam bagi pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan itu, pelbagai mata wang asing disembunyikan dalam satu bungkusan pakaian.

“Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai hampir RM2.4 juta yang melibatkan pelbagai mata wang asing lainnya,” katanya dalam kenyataan.

AKPS berkata, suspek kini ditahan dan diserahkan kepada Bahagian Pencegahan Kastam dan siasatan serta tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 28,Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

“AKPS KLIA sentiasa memperkukuhkan kawalan keselamatan sempadan negara serta membanteras sebarang bentuk aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan di pintu masuk negara,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN