PETALING JAYA: Jasa dan sumbangan wartawan alam sekitar terkenal, Datuk Karam Singh Walia dalam meningkatkan kesedaran masyarakat melalui laporan-laporannya akan terus dikenang. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang yang menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi tadi. Beliau berkata, pemergian Karam Singh merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kewartawanan negara. Katanya, mendiang dikenang sebagai seorang tokoh yang komited dalam membawa isu-isu alam sekitar…









