KUALA LUMPUR: Setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Pahang menerima peruntukan RM15,000 setiap minggu bagi diagihkan kepada golongan memerlukan susulan krisis bekalan tenaga dan bahan api ekoran konflik di Asia Barat. Inisiatif itu dilaksanakan kerajaan negeri bagi membolehkan wakil rakyat menyalurkan bantuan barangan keperluan asas kepada seramai 300 rakyat di kawasan masing-masing sekali gus meringankan beban kos sara hidup yang dijangka meningkat. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy…










