Lebih 10,000 anak perantau Pahang hadir rumah terbuka

Lebih 10,000 anak perantau Pahang hadir rumah terbuka

WAN Rosdy Wan Ismail beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Pahang yang diadakan di Dewan Merdeka, WTCKL hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 10,000 anak perantau Pahang menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Pahang yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Kehadiran luar biasa menyebabkan lokasi penganjuran termasuk tingkat atas sesak dengan pengunjung.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri menghargai sambutan menggalakkan anak perantau Pahang pada penganjuran kali ini.

Katanya, ia merupakan edisi ketiga selepas penganjuran di Stadium Titiwangsa pada 2024 dan Dewan Perdana Felda tahun lalu.

Wan Rosdy turut mengingatkan hubungan dengan negeri asal tidak seharusnya dilupakan, walaupun berada jauh di perantauan.

“Walau sejauh mana kita melangkah, jangan lupa tempat kita bermula kerana Pahang bukan sekadar tempat kita dilahirkan tetapi tempat yang membentuk jiwa, nilai dan identiti kita,” katanya ketika berucap.

Wan Rosdy berkata, sambutan lebaran kali ini membawa keberkatan, mengeratkan silaturahim serta menyatukan semua dalam semangat kekeluargaan yang erat.

Katanya, dengan kebersamaan dan semangat yang ada, Pahang akan terus melangkah ke hadapan sebagai negeri makmur, sejahtera dan diberkati.

Sambutan turut diserikan dengan persembahan beberapa artis terkenal antaranya Nabila Razali dan Daiyan Trisha. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN