JOHOR BAHRU: UMNO dilihat kembali menambat hati golongan muda susulan lebih 60 peratus daripada keseluruhan 10,000 penyertaan baharu yang diterima terdiri dalam kalangan golongan muda berusia bawah 40 tahun. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, seramai 6,009 permohonan melibatkan sayap Pemuda, manakala ahli biasa (2,511); sayap Wanita (791) dan Puteri (689). Katanya, inisiatif Rumah Bangsa yang diilhamkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid…










