PETALING JAYA: Sebanyak 455 kilogram (kg) daun ketum yang dibungkus dalam 53 beg plastik hitam dirampas polis di Hentian Rehat Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) berhampiran Subang Jaya dekat sini, kelmarin. Sindiket pengedaran daun ketum yang didalangi dua lelaki tempatan itu terbongkar dengan penahanan sebuah kereta Proton Waja kira-kira pukul 6.45 petang. Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd. Fairus Jaafar berkata, suspek berusia 34 dan 38 tahun itu…









