Lelaki ditahan curi permainan adiwira

Lelaki ditahan curi permainan adiwira

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki selepas mencuri permainan adiwira di sebuah kedai jualan barangan mainan kanak-kanak terkenal di sebuah pusat beli belah di Bangsar, dekat sini semalam.

Tangkapan dilakukan selepas lelaki berusia 28 tahun yang juga pengurus jualan di premis terbabit membuat laporan polis selepas barangan mainan itu hilang menyebabkan kerugian RM1,529.10.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Polis Hoo Chang Hook berkata, kehilangan itu disedari pukul 6 petang pada Rabu lalu semasa dia membuat semakan stok di kedai terbabit mendapati barangan tersebut tiada di rak pameran.

“Hasil pemeriksaan CCTV kedai mendapati suspek yang juga promoter daripada sebuah syarikat mengambil kesemua barang mainan itu pada pukul 7.50 petang sehari sebelum kejadian.

“Suspek mengambil barangan mainan itu semasa datang ke kedai untuk menyusun barang ke dalam premis dan memasukkan barangan mainan ke dalam beg silang yang dibawa olehnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, susulan itu, pengadu tampil membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

“Suspek berusia 40 tahun itu ditahan semalam dan barang mainan yang dilaporkan hilang dirampas semula.

“Reman akan dipohon hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN