Tuan Ibrahim Timbalan Pengerusi PN wakili Pas

Tuan Ibrahim Timbalan Pengerusi PN wakili Pas

AHMAD Samsuri Mokhtar (tengah) bercakap kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi dan Iftar Perdana Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu Kebangsaan (Permata) anjuran Yayasan Terengganu di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu, Terengganu.- UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bagi mewakili Pas dalam struktur kepmimpinan tertinggi gabungan berkenaan.

Pengerusi PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelantikan tersebut dibuat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang selaras dengan struktur pentadbiran PN yang memperuntukkan setiap parti komponen mempunyai wakil dalam Majlis Pimpinan Tertingginya.

Kata beliau, wakil tersebut memegang jawatan Timbalan Pengerusi PN dan ditentukan oleh parti masing-masing.

“Dalam struktur PN, terdapat wakil daripada parti-parti komponen yang berada dalam Majlis Pimpinan Tertinggi selain Pengerusi PN.

“Wakil kepada parti ini ditentukan oleh parti masing-masing dan mereka memegang jawatan Timbalan Pengerusi PN,” katanya selepas menghadiri Majlis Apresiasi dan Iftar Perdana Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu Kebangsaan (Permata) anjuran Yayasan Terengganu di sini, malam ini.

Ahmad Samsuri berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini menamakan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai wakil parti yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi PN.

Katanya, bagi Pas pula, Abdul Hadi tidak berada dalam Majlis Pimpinan Tertinggi PN kerana beliau menganggotai Majlis Presiden PN.

“Justeru Tuan Guru (Abdul Hadi) menamakan Tuan Ibrahim sebagai wakil Pas untuk jawatan Timbalan Pengerusi PN,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN