Tiada kompromi campur tangan negara luar

Tiada kompromi campur tangan negara luar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan berkompromi campur tangan negara asing bagi menjejas kestabilan dan keselamatan Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedar apabila kerajaan memberanikan diri untuk menyatakan pendirian berbeza dengan dunia maka akan mengundang masalah termasuk dalam aspek ekonomi.

Beliau berkata, walaupun kerajaan dan pembangkang Malaysia ‘bertempur’ dan ‘berperang’ di dalam Dewan Rakyat tetapi tidak sepatutnya kuasa luar diberi izin untuk menggugat kestabilan negara.

“Tidak harus mengizinkan umpamanya untuk digunakan negara asing atau syarikat asing untuk sabotaj, sebab itu saya hargai pendirian rakan-rakan tetapi jangan kita nafikan kemungkinan ini berlaku atau terus berlaku.

“(Isu) Kota Bharu bangkitkan, saya hanya boleh beri jaminan kita akan tentu waspada, kewaspadaan itu perlu, kesiapsiagaan itu perlu. Menganggap semuanya teratur dan terselamat itu satu kelemahan besar dalam pemikiran kita.

“Sebab itu, soal kedaulatan negara dan maruah rakyat harus ada kesepakatan walaupun sama-sama tahu akan risikonya. Maka saya beri jaminan dalam kes yang dikaitkan itu, tentu ia memerlukan siasatan yang sangat rapi kerana angka-angka dan data-data menunjukkan ke arah itu serta sangat membimbangkan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) meminta Anwar memberi penjelasan mengenai konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan sama ada wujud penglibatan Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata, berita yang dimaklumkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail sebelum ini adalah amat malang untuk rakyat Malaysia.

Anwar berkata, pada peringkat awal Malaysia merdeka memang ada ancaman dari Parti Komunis Malaya yang menerima bantuan sisipan daripada luar.

Bagaimanapun, katanya, ancaman daripada parti itu sudah menerima bantahan keras dari rakyat hingga menewaskan mereka.

“Jangan ada kemungkinan-kemungkinan begitu, berlaku yang akan mengancam keselamatan negara kita,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, Polis Diraja Malaysia menyiasat seorang individu berpengaruh dan agensi media antarabangsa berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan serta melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara. 

Siasatan itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN