KUALA TERENGGANU: Kain samping tenun asli Terengganu kekal menjadi pilihan ramai menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan permintaan meningkat saban tahun termasuk daripada golongan kenamaan, ahli perniagaan dan pembeli tetap. Bagi anak jati Kampung Banggol Durian, Serada, Nik Mohamad Salahudin Nik Nizam, 35, meskipun kini menetap di Kuala Lumpur, dia tetap komited memasarkan kain samping hasil tenunan tangan ibunya, Meriam Musa, 66. Katanya, tempahan kain songket meningkat ketara setiap kali…










